skku.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS UDA
Jalan Sekoi, Bandar Baru Uda Tel : 07-2374376, Faks : 07-2344376
e-mel : skku@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | BERITA TERKINI | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | Untitled | MARQUEE |


SEJARAH RINGKAS

 SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS UDA

JOHOR BAHRU

Sekolah Kebangsaan Kompleks UDA terletak kira-kira 8 km dari Bandaraya Johor Bahru. Sekolah ini mula dibuka pada 3 Januari 1982. Pada mulanya terdapat dua buah blok bangunan dua tingkat yang merupakan bilik-bilik darjah, sebuah kantin dan sebuah bangunan kayu dua tingkat ( yang telah digunakan oleh pihak UDA sebagai pejabat sementara semasa menjalankan projek perumahan di kawasan ini pada tahun 1981). Bangunan ini telah digunakan sebagai Pusat Sumber Sekolah.

Pada mulanya seramai 809 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Kampong Pasir , Sekolah Kebangsaan Pengkalan Rinting, SIGS dan Sekolah Kebangsaan Perempuan Jalan  Yahya Awal ,yang tinggal di sekitar taman perumahan Bandar Baru UDA telah dipindahkan ke sekolah ini di bawah penyeliaan Pn.Zaharah Bte Omar dari Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera. Segala urusan pentadbiran dijalankan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan  Pengkalan Rinting iaitu Tn. Sh. Abdullah bin Abd. Rahman. Semua murid belajar di sesi pagi dari darjah satu hingga darjah enam.

Pada 15 Ogos 1983, En. Idrus Bin Min telah dilantik menjadi Guru Besar. Bilangan murid bertambah dan didatangkan dari Skudai Kiri, Skudai Kanan dan Bandar Baru UDA fasa pertama. Semenjak itu bermulalah persekolahan dua sesi. Bangunan pejabat sementara UDA dijadikan Pusat Sumber Sekolah dan bilik komputer, kemudian terpaksa dipindahkan ke Blok B kerana bangunan itu uzur dan diruntuhkan. Pada pertengahan April 1994 bangunan Balai Islam telah di bina di atas tapak pusat sumber lama. Pembinaan Balai Islam ini adalah atas daya usaha En. Othman bin Abdullah selaku Guru Besar Sekolah Kompleks UDA yang ketiga.

            Pusat Kegiatan Guru J 13 sekarang ditukar kepada PKG J 11 telah dibina bersebelahan dengan blok B untuk dijadikan tempat perjumpaan guru-guru dalam Zon Bandar Utara. Pelbagai aktiviti dijalankan di PKG  J 11 yang pada mulanya dipengerusikan oleh En. Idrus Bin Min Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kompleks UDA dan diikuti oleh semua Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kompleks UDA seterusnya.

Pada tahun 2001 sebuah bangunan 3 tingkat telah siap dibina dan majlis penyerahan bangunan tersebut telah berlangsung pada bulan April 2001. Sehingga kini Sekolah Kebangsaan Kompleks UDA telah ditadbir oleh 10 orang guru besar. Mereka ialah:

1.   PUAN HAJJAH ZAHARAH BT HAJI OMAR          PENYELIA           03/01/82  - 18/08/83

2.   TUAN HAJI IDROS BIN MIN                            G.BESAR            15/08/83  - 12/06/90

3.   TUAN HAJI MOHD HASNI  BIN KHALID             P. G.BESAR        12/06/90  - 28/04/91

4.   EN.OTHMAN BIN ABDULLAH                           G.BESAR            01/03/91  - 01/01/94

5.   ENCIK AZALI BIN BAHAR                                G.BESAR            16/01/94  - 21/06/94

6.   EN.ABDUL RAHMAN BIN AWANG                     G.BESAR            01/07/94  - 30/09/95

7.   TUAN HAJI MAT SOM BIN JAIS                       G.BESAR            01/10/95  - 09/12/00

8.   EN. SHAMSUDIN BIN YAMHARI                       G.BESAR            10/12/00  - 31/12/03

9.   PN. HJH HAMIDAH BT ISMAIL                         G.BESAR            01/01/04  - 31/12/05

10.  PN. NORAINI BT CHE MAT                             G.BESAR           06/01/06 -  KINI

            Sejak ditubuhkan pada tahun 1982, murid-muridnya bertambah dari tahun ke tahun kerana pertambahan penduduk disebabkan bertambahnya unit kediaman yang dibina di taman perumahan BBU dan persekitarannya.

Sekolah Kebangsaan Kompleks UDA pada masa ini mempunyai tiga blok bangunan dua tingkat dan satu blok bangunan empat tingkat dan masih menjalani dua sesi persekolahan iaitu 21 kelas beroperasi   di sesi  pagi bagi murid-murid tahun1, 4 hingga tahun 6 dan 10 kelas beroperasi di sidang petang bagi murid-murid tahun 2 hingga tahun 3. Bangunan tambahan empat tingkat yang mula beroperasi pada awal tahun 2001 dilengkapi dengan bilik - bilik khas seperti perpustakaan, bilik mesyuarat, bilik tayangan, bilik muzik, bilik guru, makmal Sains, Bilik Komputer dan Bengkel Kemahiran Hidup. Selain dari bilik-bilik khas terdapat juga 7 bilik darjah sebagai tambahan kepada bilik darjah yang sedia ada .Kini murid Sekolah Kompleks UDA berjumlah 1,113 orang dengan tenaga guru seramai 70 orang dan 8 orang staf sokongan. Adalah diharapkan semua bilik-bilik khas dapat beroperasi sepenuhnya menjelang sesi persekolahan 2002 dan seterusnya sekolah ini akan meningkat maju dari masa ke semasa dan dapat merealisasikan visi dan misi sekolah.

 

 

 

 

 

 

 


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: